Jangan Pandang Ringan Pada Simbol Serius Dalam Tandas Di Jepun - Bulletin Saya

Tuesday 10 April 2018

Jangan Pandang Ringan Pada Simbol Serius Dalam Tandas Di Jepun

0
Jangan Pandang Ringan Pada Simbol Serius Dalam Tandas Di Jepun
Hahaha..yang ini memang pelik


Bagi mereka yang selalu travel ke Jepun mungkin pemandangan ini adalah perkara biasa namun bagi mereka yang belum pernah ke sana pastinya ianya sesuatu yang membingungkan.

Memandangkan setiap jenama mangkuk tandas yang tersedia di negara Jepun mempunyai simbol yang berbeza, Kerajaan Jepun telah berjaya tampil dengan satu solusi dimana 8 simbol standard bakal digunakan untuk semua pengeluar mangkuk tandas.

Dalam pada itu, perkara ini mungkin agak sukar buat mereka yang tidak mahir membaca atau mengetahui setiap simbol-simbol yang tersedia.





Butang yang tersedia pada mangkuk tandas di Jepun.

Berikut merupakan 8 simbol yang bakal digunakan secara standard untuk seluruh jamban elektronik sekitar Jepun.



Dari kiri atas: Flush air besar, flush air kecil, buka penutup, tutup penutup. Dari kiri bawah: Berhenti, basuhan belakang, basuhan bidet, pengering.

Hasrat yang dilakukan oleh Kerajaan Jepun ini seiring dengan persiapan awal bagi menyambut tetamu sempena Sukan Olimpik 2020 yang bakal diadakan di Tokyo selain daripada peningkatan pelancong ke Jepun setiap tahun.

Tahniah buat Japan Sanitary Equipment Industry Association atas usaha untuk memudahkan orang ramai.

Tak sangka betul isu simbol pada mangkuk tandas juga dipandang serius oleh Jepun.

Sumber
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment