Kerana Sayangkan Rambut , Trump Payung Diri Tinggalkan Anak Dan Isteri Basah Dalam Hujan - Bulletin Saya

Friday 19 January 2018

Kerana Sayangkan Rambut , Trump Payung Diri Tinggalkan Anak Dan Isteri Basah Dalam Hujan

0
Kerana Sayangkan Rambut , Trump Payung Diri Tinggalkan Anak Dan Isteri Basah Dalam Hujan

Trump..siapa yang tak kenal dengan nama besar ini.Terlalu banyak kontrovesi yang dilakukan oleh orang nombor 1 ini.Dan ini adalah yang terbaru

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendapat kritikan panas daripada netizen gara-gara fotonya yang dianggap mementingkan diri tersebar kerana hanya memayung diri sendiri lalu meninggalkan anak dan isterinya basah kesejukan dalam hujan.







Sumber: AP Photo/Andrew Harnik

Dalam foto-foto dan rakaman video media terbaharu, Presiden itu dilihat berjalan menaiki susur tangga ke pesawat Air Force One dan dalam masa yang sama memayungi dirinya seorang diri dengan sekaki payung yang boleh dianggap besar, cukup untuk melindungi anak dan isterinya sekali.
Suasana itu dianggap normal sehinggalah Melania dan anak bongsunya yang berusia 11 tahun iaitu Barron terhuyung-hayang ditiup angin kencang yang hanya mengikut dari belakang tanpa dilindungi payung sama sekali.





Sumber: AP Photo/Andrew Harnik

Keadaan itu seraya menimbulkan tanda tanya apakah Trump pada mulanya ada menawarkan payung tersebut kepada anak dan isterinya terlebih dahulu? Tidak mustahil jika isterinya menolak tetapi jika Melania dan Barron menolak sekalipun, sebagai seorang suami sepatutnya Trump perlu bersikap budiman dan menjaga keselamatan isteri dan anaknya. Lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan cuaca ekstrem sebegitu.
Bagi netizen yang melihat foto dan rakaman video tersebut, ramai diantaranya yang merasakan ia sungguh tidak wajar bagi seorang lelaki yang berstatus bersikap jelik seumpamanya.

Biarpun begitu, portal berita Newsweek.com mempunyai teori tersendiri di mana, Trump berbuat demikian kerana mahu menjaga rambutnya. Sebelum ini Trump pernah menjalani pembedahan pengurangan kulit kepala yang kemudian memerlukan penjagaan rapi.
Ini bukanlah kali pertama Trump dituduh bersikap ‘pelik’ kerana September lalu, sewaktu menghadiri sebuah acara dia ada memberi ucapan berbunyi:-

“Saya mahu berterima kasih kepada semua, responden pertama, bagi pihak diri saya sendiri, Naib Presiden kita – Melania Trump sememangnya mahu sangat bersama dengan kita hari ini…”

…walhal isterinya memang ada di sebelah.
Tonton Video Ucapan Trump Pada Minit Ke 1:05

And here, we have video of Trump saying that Melania “really wanted to be here”...while she’s standing next to him. (h/t @MaverickofKain) pic.twitter.com/rvQCUo4RYB
Here's are the first 2 mins of vid. You can decide for yourself if Trump realized his wife was standing next to him. pic.twitter.com/8s4vXZRqaq

Hmm, mungkin dia terlupa dan tak perasan kewujudan isterinya. Melania waktu itu hanya tercengang, tersenyum dan berdiam diri seolah tiada apa yang berlaku.
SUMBER Newsweek.com
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment