Wanita Dakwa Hamil Anak Artis Buat Ujian DNA Akhirnya Dedah Siapa Bapa Sebenar - Bulletin Saya

Tuesday 12 December 2017

Wanita Dakwa Hamil Anak Artis Buat Ujian DNA Akhirnya Dedah Siapa Bapa Sebenar

0
PETALING JAYA: Isu wanita yang mendakwa hamil selepas melakukan hubungan terlarang dengan seorang pelakon popular selesai apabila individu itu sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). 


Wanita berusia awal 20an itu berkata, dia juga sudah mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

Keputusan itu juga sekali gus menepis tuduhan yang dibuat awal bulan lalu sehingga mengaitkan beberapa artis lelaki.

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

“Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait,” ujarnya kepada mStar Online.

 Antara paparan skrin antara wanita berkenaan dengan pelakon tersebut.

Dia mengakui kesilapanya dalam membuat tuduhan dengan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada beberapa artis lelaki tanah air.

Wanita berkenaan juga tidak mahu perkara itu dibesarkan lagi berikutan dia juga bakal berkahwin dan memulakan hidup baharu dengan seorang lelaki.
“Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.

“Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya,” ujar wanita itu.
Terdahulu, pada pada awal November lalu, wanita berkenaan mendedahkan hamil selepas bertemu semula dengan kekasih lamannya yang juga seorang aktor menerusi aplikasi BIGO.
Dia melakukan pendedahan tersebut sebagai meminta pelakon drama itu tampil bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment