Pintu Hati Tertutup,Azwan Ali Tiada Sifat Penyayang-MB Selangor - Bulletin Saya

Thursday 7 December 2017

Pintu Hati Tertutup,Azwan Ali Tiada Sifat Penyayang-MB Selangor

0
Pintu Hati Tertutup,Azwan Ali Tiada Sifat Penyayang-MB Selangor

Menteri Besar Selangor memanjatkan doa agar ALLAH SWT memberi hidayah dan membuka pintu hati adiknya, Azwan Ali agar terus menyayangi beliau dan adik-beradik yang lain.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai abang, beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat kesemua adiknya, termasuk Azwan.

“Saya sentiasa mendoakan Azwan walaupun dia menyerang saya, Insya-ALLAH semoga ALLAH akan menyelamatkan dan membuka pintu hatinya untuk terus menyayangi saya dan adik beradik yang lain.

 “Itulah doa saya kepada dia, semoga ALLAH beri kasih sayang kepada dia dan ALLAH buka pintu hatinya supaya ada sifat penyayang dan berbuat baik kepada ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Inisiatif Peduli Rakyat bagi Dun Sementa di Masjid Jamiul Hasaniah Kampung Batu 3, Jalan Kapar, di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai video Azwan yang tular dan mencetuskan kontroversi.

Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, apapun yang berlaku Azwan tetap adiknya dan beliau tetap akan menyayangi Azwan dan adik-beradik yang lain.

Katanya, beliau tidak perlu mengulas lebih panjang berkenaan perkara itu memandangkan isu itu membabitkan keluarganya yang tidak perlu dibincangkan secara umum.

Ketika ditanya kenapa Azwan bertindak sedemikian, Azmin berkata, dia tidak tahu menahu mengenai tujuan adiknya itu namun dia menerima dengan hati yang terbuka.

Terdahulu tular video Azwan berikrar untuk ‘menjahamkan’ abangnya di Selangor dan pengacara kontroversi itu mengumumkan beliau akan mendedahkan rahsia mengenai abangnya itu yang disimpan sejak sekian lama.

Terbaru, Azwan mencabar Azmin untuk membuat sumpah laknat dan ia harus berlangsung bersaksikan tujuh imam dan beliau sendiri akan menerimanya.



Sumber: Sinar Harian
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment