Pengamal Perubatan Lakar Rupa Jin Ifrit Yang Menghuni KLCC - Bulletin Saya

Saturday 9 December 2017

Pengamal Perubatan Lakar Rupa Jin Ifrit Yang Menghuni KLCC

0
Pengamal Perubatan Lakar Rupa Jin Ifrit Yang Menghuni KLCC

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Pengalaman mengimbas tubuh untuk mengetahui sama ada seseorang itu didampingi saka atau mengalami gangguan jin pasti memberikan rasa yang cukup mendebarkan.

Oleh kerana perkara-perkara ghaib sedemikian sukar dirawat dengan perubatan moden, maka Pusat Terapi Ilhamiah tampil membantu dengan kepakaran masing-masing untuk tujuan perubatan alternatif.

Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, Majalah Mastika dengan kerjasama Kumpulan Utusan telah membawa pakar perubatan dalam bidang alternatif tersebut semalam di Jalan Utusan, PWTC dan ternyata ramai pengunjung mengambil langkah untuk mencubanya.


GAMBARAN rupa jin yang mengganggu manusia ini telah dilakar oleh petugas Pusat Terapi Ilhamiah. - UTUSAN ONLINE


Seorang petugas pengedaran e-Paper, Nur Izzuan Shahidan berkata, pada mulanya dia agak sukar untuk mempercayai kaedah itu.

Namun setelah perawat terbabit memulakan kerja-kerja mereka, badan Izzuan mulai berat dan dia terasa amat sakit.

"Saya tak mampu nak angkat badan saya sendiri. Yang saya tahu, saya sakit sebelum lupa tentang apa yang berlaku.

"Sedar-sedar sahaja, saya pandang orang ramai telah mengerumuni saya," katanya ketika ditemui Utusan Online di Jalan Utusan, Bilik Pulau Pinang, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas juga tidak ketinggalan mencuba rawatan tersebut.

Menurut perbualan yang sempat dirakam wartawan Utusan Online, perawat tersebut yang mahu dikenali sebagai Puteri Nur berkata, jika di Kuala Lumpur, antara tempat yang paling banyak didiami jin dari jenis Ifrit adalah di sekitar KLCC.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment