Mengapa mummy/mayat Tutankhamun tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun.? - Bulletin Saya

Friday 8 December 2017

Mengapa mummy/mayat Tutankhamun tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun.?

0
Mengapa mummy/mayat Tutankhamun tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun.?

Sebuah Photo milik syarikat berita Associated Press (AP) dan Agence France-Presse (AFP) memperlihatkan prakiraan wajah Firaun Tutankhamun. 

Tutankhamun ialah seorang Maharaja/firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Mesir kuno. Dia memerintah dari 1333 SM – 1323 SM dalam Dinasti XVIII yang juga dikenali sebagai Kerajaan Amarna.

Tutankhamun terkenal pada abad XX saat makamnya di Lembah Raja-raja ditemukan oleh Howard Carter. Anehnya mummy/mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun.

 Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di lembah raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.

Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia sembilan tahun. Dalam tempoh 10 tahun memerintah, Tutankhamun banyak membangun kuil-kuil yang baru untuk menyembah dewa-dewa Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. 

Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.

Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun mati akibat penyakit malaria yaitu sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir.

Tubuh Tuthankhamun lemah kerana ia adalah anak dari hasil hubungan incest (hubungan sumbang mahram). Firaun muda ini sangat lemah dan menderita pelbagai penyakit dan mungkin berjalan dengan tongkat kerana kakinya tidak sempurna.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment