Intan Dan Izreen Bermadu,Akhirnya Suami Tampil Beri Penjelasan - Bulletin Saya

Friday 1 December 2017

Intan Dan Izreen Bermadu,Akhirnya Suami Tampil Beri Penjelasan

0
Intan Dan Izreen Bermadu,Akhirnya Suami Tampil Beri Penjelasan

PEMUZIK yang dikatakan berkahwin dengan pelakon Izreen Azmindar, Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude akhirnya mengaku menikahi dramatis itu selepas isterinya tampil membuat pendedahan.
Ude ketika ditemui, hari ini turut mengaku wanita yang tampil membuat pengakuan itu adalah isteri pertamanya, Intan Liana.
“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya.
Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.
Dalam pertemuan itu, Ude enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen.
“Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannyananti,” katanya.
Ude juga menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen.
“Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.
“Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,” katanya.
Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media
agar tidak mengganggu privasi keluarganya.
“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,” katanya.
Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Sepanjang pernikahan Intan dan Uda, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.
Berita mengenai hubungan Izreen dan Uda mula menarik perhatian setelah sebuah portal berita mendakwa pelakon berstatus ibu tunggal itu telah berkahwin dengan lelaki terbabit beberapa bulan lalu.
Dalam masa sama, Izreen turut menggunakan nama Mrs.Uda berdasarkan status biografi menerusi akaun Instagram miliknya. Namun, sekitar pukul 6 petang semalam, Izreen telah memadamkannya status berkenaan dan menukar kepada namanya sendiri.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment