Ingat isteri pertama itu tunggul?Izreen Azminda Terus Di Caci - Bulletin Saya

Saturday 2 December 2017

Ingat isteri pertama itu tunggul?Izreen Azminda Terus Di Caci

0
Ingat isteri pertama itu tunggul?Izreen Azminda Terus Di Caci

PERKAHWINAN aktres Izreen Azminda dengan pemuzik bebas iaitu Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude diharap mendapat sokongan ramai sebaliknya aktres itu menerima cacian dengan kata-kata kurang sopan oleh pengikutnya.

Kebanyakan mereka menjadikan Instagtam peribadi Izreen, 32, sebagai medan meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara dia berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang beranak dua.

Mereka bernikah pada 8 Ogos lalu sementara isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Salih, 30, hanya mengetahui berita berkenaan kira-kira dua minggu lepas.

Lebih pedih ramai melabelkan Izreen sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain dan mempersoalkan mengapa Izreen memilih lelaki sudah beristeri sebagai suami.

Malah ada menyifatkan tindakan pasangan itu berkahwin secara rahsia tidak betul dan sepatutnya Muhammad Radzi memaklumkan kepada isteri pertama terlebih dahulu.
@_karmeela menulis; Kenapa perlu pilih suami orang juga? Kasihan dekat isteri pertama makan hati seorang diri.

Dalam hati kita tidak tahu macam mana perasaan dia kan? Mungkin dia boleh berlagak tenang depan media tetapi dalaman hati dia hancur yang amat.

Manakala @marianeezam pula berkata; Bila kita pernah rasa rumah tangga hancur, suami dirampas dan sebagainya, pasang niat jangan sampai kita buat macam itu dekat hati wanita lain.




Isteri pertama Uda iaitu Intan reda dengan perkahwinan kedua suaminya dengan Izreen.

Naikkan martabat ibu tunggal bukan merosakkan nama-nama wanita berstatus janda. Harap-harap kau pandailah ambik hati madu kau sebab kau berkongsi sekarang bukan suami kau 100 peratus.

@zea_shamsudin; Aku tidak sokong satu sahaja, kahwin secara rahsia. Ingat isteri pertama itu tunggul? Tetapi isteri pertama okey je. Bukan kahwin dengan suami anda. Lagipun isteri pertama kata Uda tu baik dan yakin boleh menjadi seorang suami yang adil. Tahniah Izreen.

Dalam satu rakaman langsung oleh Utusan Online pada Khamis lalu, Intan Liana memberitahu dia sedia hidup bermadu dan menerima seorang pelakon untuk berkongsi kasih.

Wanita itu mendakwa dia mengetahui suaminya telah berkahwin dengan wanita berkenaan dua minggu lepas dan dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.
Sementara itu, walaupun ramai mengecam Izreen, namun masih ramai menyokong keputusannya hidup bermadu dan ia adalah ketentuan Allah.

Ramai juga tampil menasihatkan Izreen agar bersabar dalam menempuh dugaan dan berharap perkahwinan keduanya itu akan berkekalan.



@eyna_adzhar menulis; Bagi kitakan tak kisah la siapa pun orang itu dah jodoh tidak boleh nak kata juga. Cuma jangan kita mengata, memperlekehkan sebab mungkin benda ini akan jadi pada kita walaupun kita cakap kita tak nak.

Takdir tuhan tak siapa tahu, masa sekarang tak kena kat batang hidung korang boleh la nak mengatakan?

@siti_haslin; Macam ni lah apa-apa hal pun di dalam dunia ini kita boleh rancang tapi semua dengan izin Allah. Macam itu juga kehidupan kita sudah tertulis sejak lahir ke dunia, kita ini Allah tentukan. Jadi janganlah kita nak sibuk pasal orang kerana tak kena pada diri kita sendiri.

@aisyah_6889; Ya Allah... Istigfar banyak-banyak saya baca komen-komen ini. Izreen bukan perampas, kalau rampas dia suruh ceraikan isteri pertama. Dia berkongsi suami sahaja. Silap dia cuma jatuh cinta dengan suami orang. Tidak mahu membela sesiapa kalau terjadi pada diri saya pun saya tidak sanggup kehilangan suami saya yang baik dan bertanggungjawab.

Terima satu kesilapan suami atau kehilangan 10 kebaikan suami, saya lebih reda dimadukan tetapi minta dijauhkan dan kita ini jangalah menghina orang macam kita ini suci, bersih daripada dosa.

@safwan_aminnn; Mereka bukannya berzina, lagipun lelaki itu mampu jadi apa salahnya? Dosa ke?

@tyseph Dah jodoh nak buat macam manakan kak Izreen? Itu dah takdir, pedulikan orang cakap apa kat akak.

@fyqaasyura; Tegurlah baik-baik. Belum tentu dia kahwin laki orang masuk neraka. Moga umat Islam kita jauhkan benda-benda menegur seperti rasa dia macam ke syurgra. Jodoh, ajal ketentuan Allah. Jangan hina. Allahuakhbar, sedih dengan oarang Islam seperti ini.

Dalam pada itu Izreen dan Muhammad Radzi akan mengadakan majlis doa selamat pada 7 Disember ini di Damansara.

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment