FATTAH AMIN TAYANG BILIK HONEYMOON YANG CANTIK DAN MEWAH BUAT PEMINAT - Bulletin Saya

Wednesday 6 December 2017

FATTAH AMIN TAYANG BILIK HONEYMOON YANG CANTIK DAN MEWAH BUAT PEMINAT

2
FATTAH AMIN TAYANG BILIK HONEYMOON YANG CANTIK DAN MEWAH BUAT PEMINAT

Fattah dan Fazura di katakan telah terbang ke Jakarta dan juga Bali untuk menghabiskan tempoh honeymoon mereka.

Fattah di katakan ada membuat rakaman video untuk menunjukkan bilik beradu mereka yang sangat cantik dan besar sepanjang honeymoon. 

Setiap kali membuat rakaman video, pasti kelibat si isteri yang cantik akan ada bersama. Wah wah..Semoga bahagia ke Jannah ya korang.


PETALING JAYA: Artis serba boleh, Fazura, tidak mahu peminat terlalu obses dengan terma ‘FattZura’ yang rancak digunakan, khususnya di laman sosial.

Kata Fazura, dia berharap peminat menyedari hakikatnya dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, masih dua individu yang mempunyai cara dan perancangan tersendiri dalam kerjaya.
“Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya.

“Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya,” kata Fazura dalam satu sesi bertemu media di Petaling Jaya, hari ini.
Ditanya jika mereka mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dalam sebuah lagu, kata Fazura ia mungkin dijayakan di masa depan.

“Buat masa ini kami mahu fokus kepada perancangan kerjaya sendiri terlebih dahulu. InsyaAllah, mungkin di masa depan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fazura menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh mereka mengadakan majlis pernikahan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Itu tidak benar. Kami sudah lama merancang untuk bernikah, cuma kami memilih untuk tidak membesarkannya kerana ia perkara peribadi.

“Tetapi seperti yang dijanjikan, kami tidak akan melupakan media dan peminat. Dan janji itu sudah pun kami tunaikan,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

2 comments:

  1. Yeah, mrs pip dtg melawat ..
    ok, seriously, I love Fazura ..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mrs Pip..Fazura mmg cantik orangnyakan?

      Delete