Shila Amzah Dikecam Tiada Adab Ketika Acara Sarung Cincin,Kesian Bakal Mak Mertua - Bulletin Saya

Sunday 5 November 2017

Shila Amzah Dikecam Tiada Adab Ketika Acara Sarung Cincin,Kesian Bakal Mak Mertua

0
Shila Amzah Dikecam Tiada Adab Ketika Acara Sarung Cincin,Kesian Bakal Mak Mertua

Pada yang sentiasa mengikuti akaun media sosial, penyanyi terkenal Shila Amzah, pasti terkejut dengan khabar bahagia ini di mana Shila dalam diam-diam akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan.


Majlis pertunangan ini difahamkan berlangsung di kediaman keluarga Shila Amzah dan menurut laporan Hlive dalam Instagram, tunang Shila ini dikenali sebagai Haris Idraki. 

Menurut Roti Kaya pula, Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Dikecam Tiada Adab Bersalam

Namun disebalik majlis bahagia ini, ada saja netizen yang melemparkan komen negatif dengan menegur Shila tak pandai bersalam selepas disarung cincin oleh bakal ibu mertuanya. Mungkin iri hati dengan kebahagiaan Shila kecapi sekarang, netizen ini menuduhnya tiada adab ketika berdepan dengan orang tua.


Doakan Yang Terbaik

Apa-apa pun isu “salam” jangan lah kerana video yang di paparkan terus nak kecam. Mungkin video bahagian dua, ada momen bersalam tangan namun tidak ditunjukkan. Bersangka baik aja lah. Di hari bahagia dia, doalah yg baik-baik. Sama-sama kita muhasabah diri.
Author Image
AboutKakak Nany

seorang blogger sepenuh masa yang memaparkan isu semasa

No comments:

Post a Comment